Joyberry and Heidi - Jika Kau Benar

Tidakkah jelas
Terang lagi bersuluh
Oh dari bicaraku
Langit yang kini penuh dengan

Hujan yang hiba
Gemuruhnya si guruh
Oh tikaman lidahmu
Tepat menusuk jantung

Tubuh mengejar jawapan yang samar
Malam terasa sekejap saja tak terlihat purnama

Jika kau benar
Benar mahukan
Masa dan ruang
Cahaya tuk menemani pulang
Jika kau rasa
Seakan-akan buta
Nyalakan lampu suar dimana kau berada

Dimana kau berada
Aku sentiasa bersamamu
Di saat getir mencekik
Keraguan membisik

Tidakkah oh engkau mahu
Selak muka surat baru
Oh denganku
Ku mahu kau tahu
Kau milikku

Tiada guna menyiram sekar di musim luruh
Dahagaku tak terubat lagi
Kemarau yang ku alami oh selama ini
Cuba sesekali engkau fikir

Jika kau benar benar mahu pergi
Lepaskanlah gengammanmu ini
Biar kenangan terkubur dan mati
Masa silam kerap menghatui

Berikan masa untuk aku bebaskan semua
Kata-kata yang terkurung perasaan meronta
Dambaan kalbu dilindung kabus
Dengan harapan suatu hari kau kan kembali

Jika kau benar benar mahu pergi
Lukiskanlah khayalan untukku terus bermimpi
Jika kau benar mahu ku kembali
Lepaskanlah genggamman dendam
Biarkan semua pergi

Berikan masa untuk aku bebaskan semua
Kata-kata yang terkurung perasaan meronta
Buat kali terakhir oh buat selamanya

Written by:

Publisher:
Lyrics © O/B/O DistroKid

Lyrics powered by Lyric Find

Joyberry and Heidi

View Profile